Selasa, 10 Mac 2009

TINGKATAN 1 : BENTUK DAN JENIS PERNIAGAAN

Bentuk dan Jenis Perniagaan

Perniagaan dalam Negeri

1. aktiviti membeli dan menjual dalam negeri sahaja.
2. Terdiri daripada :-Perniagaan Runcit dan Perniagaan Borong
3. Perniagaan Runcit – membeli dan menjual barang secara kecil-kecilan.
4. Perniagaan Borong – membeli secara pukal daripada pengeluar dan menjual
kepada peruncit dalam kuantiti yang diperlukan.

Perniagaan Runcit

1. urusan membeli dan menjual dalam kuantiti yang kecil.
2. dijalankan oleh peruncit.
3. menjual kepada pengguna mengikut kuantiti yang diminta.
4. Boleh ditubuhkan secara milikan tunggal, perkongsian atau syarikat.
5. 2 jenis :-
5.1. kecil-kecilan yang membeli dalam kuantiti yang kecil daripada dan
menjual semula kepada pengguna.
5.2. besar-besaran yang membeli secara pukal daripada pengilang dan
menjual dalam kuantiti yang diperlukan oleh pengguna.
6. Contoh perniagaan runcit kecil-kecilan ialah penjaja, pengerai dan kedai biasa.
7. Contoh perniagaan runcit besar-besaran ialah pasar raya, kedai serbaneka, kedai jabatan, kedai sejaras,francais dan kompleks membeli belah.
8. Ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan :-

Dimiliki oleh seorang pemilik.
modal kecil dan terhad.
kawalan pengurusan oleh pemilik sahaja.
tidak kekal.
berdekatan dengan rumah pelanggan.
mempunyai hubungan yang rapat dengan pelanggan-pelanggannya.
kos overhead rendah.
memberikan kredit,layanan peribadi dan serahan percuma kepada pelanggan-
pelanggan.
peniaga membeli barang-barang daripada pemborong.
membeli dan menjual secara kecil-kecilan.

9. Ciri-ciri perniagaan runcit besar-besaran.
modal besar.
syarikat berhad,perkongsian,tunggal.
bangunan bertingkat-tingkat,luas dan bersih.
dibandar besar.
beli pukal daripada pengilang / pengeluar.
harga tetap, jualan tunai sahaja.
system layan diri.
kemudahan untuk keselesaan pelanggan.
jual berbagai jenis barang di bawah satu bumbung sahaja.
kos overhead tinggi.
tidak memberi serahan percuma serta perkhidmatan selepas jualan.
tidak wujud hubungan dan layanan peribadi di antara pembeli dan penjual.

Perniagaan Runcit Kecil-kecilan Berkedai

1. Kedai Tunggal Am
menjual berbagai-bagai jenis barang seperti gula,garam,kasut,alat tulis, beras
dan sebagainya.
Kedai am juga dikenali sebagai kedai serbaguna dan didapati dimana-mana
sahaja. Contoh : kedai barang runcit.

2. Kedai Tunggal Khas/Khusus
Menjual barang yang sejenis atau sekumpulan barang yang sama jenis.
Contoh : kedai buku, kedai kain dan kedai kek.
Menjual jenis barang-barang berkaitan. Contohnya kedai kasut menjual kasut,
sarung kaki, tali kasut dan pengilat kasut.

Terdapat juga kedai yang memberikan perkhidmatan pembaikan seperti kedai

baiki radio dan kedai baiki jam.



Perniagaan Runcit Kecil-kecilan Tanpa Kedai

1. Penjaja - berniaga dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan berjalan
kaki atau menggunakan kenderaan.
- penjaja yang berjalan kaki membawa barangan dengan cara
menjunjung, menjinjing atau mengandar.
penjaja berkenderaan menggunakan motosikal, basikal, kereta
sorong,dan van untuk membawa barangannya.
Penjaja menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian orang
ramai seperti loceng,hon,rakaman dan laungan.
Mempunyai lessen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah
atau pihak berkuasa tempatan.
Pegerai - menjalankan perniagaan di suatu tempat yang tetap dengan
menggunakan gerai atau warung yang kecil.
boleh didapati di tempat yang sibuk seperti di bawah pokok, steseN
bas dan pasar.

Menjual makanan, sayur-sayuran, ikan, majalah, surat khabar

Mempunyai lessen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah

atau pihak berkuasa tempatan.

Perniagaan Runcit Besar-besaran

1. Pasar Raya - kedai runcit besar.
- menjual beraneka jenis barangan di bawah satu bumbung.
sifat-sifat utama:-
terdapat dibandar-bandar besar yang padat penduduk.
bersih, luas dan mempunyai banyak kemudahan untuk
keselesaan para pelanggan.
menjual banyak jenis barang – barang makanan,kereing dan
dibekukan serta berbagai jenis barang lain.
system layan diri.
harga tetap dan mempunyai tanda harga.
jualan tunai sahaja.
barang-barang diperagakan secara terbuka supaya menarik
pelanggan.

2. Kedai Serbaneka

kedai runcit besar-besaran yang mempunyai beberapa jabatan di
dalam satu bangunan dan di bawah satu pengurusan.
Ciri-ciri:-
mempunyai banyak jabatan yang menjual satu atau dua jenis
barang yang tertentu sahaja.
terletak di tempat yang sibuk seperti Bandar besar.
system layan diri.
menjual bermacam jenis barang bermutu tinggi dan mempunyai
jenama yang terkenal.
harga tetap dan mempunyai tanda harga.
bangunan luas, bersih,dan disediakan dengan kemudahan-
kemudahan moden untuk keselesaan para pelanggan.

3. Kedai Sejaras

kedai runcit besar-besaran yang mempunyai satu rangkaian
kedai cawangan di merata-rata tempat.
dimilik oleh pemilik yang sama- syarikat berhad.
dikawal dan ditadbirkan oleh kedai pusat yang merupakan
ibupejabat.
mempunyai identiti, logo dan perhiasan yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan