Khamis, 12 Mac 2009

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

Pihak Panatia KHB telah memilih seramai 5 orang peserta untuk dilatih memasak makanan yang sesuai dengan tema yang diberikan oleh pihak penganjur. Peserta ini mempunyai masa 2 minggu untuk memahirkan diri dalam menyediakan dan memasak makanan tersebut. Walau bagaimanapun hanya 3 orang sahaja akan menyertai pertandingan manakala 2 lagi sebagai penolong menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.

Syarat pertandingan
1. Masakan mestilah HALAL.

2. Terbuka kepada murid Tingkatan 1-3.

3. Setiap kumpulan terdiri 3 peserta (Melayu, Cina dan India < markah bonus)

4. Peserta digalakkan menggunakan produk MAGGIE dan NESTLE.

5. Masa pertandingan - 90 minit

5.1. Keempat-empat masakan termasuk menyediakan bahan hiasan hendaklah disediakandalam masa pertandingan.
5.2. Persiapan awal yang dibenarkan adalah membersihkan, mengupas, memotong,mengisar,merendam,mengubah bunga meja, melipat napkin dan persiapan mejahidangan.

6. Penganjur tidak akan menyediakan dapur gas Portable sahaja. Penggunaan dapur yangbertong gas besar adalah tidak dibenarkan.

7. Penggunaan dapur ketuhar dan oven elektrik tidak dibenarkan.

8. Peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah, apron dan topi memasak.

9. Johan peringkat daerah akan bertanding di peringkat negeri. Tiada pertukaran resepi dan ahli kumpulan serta guru pembimbing ke peringkat negeri.

10. Keputusan hakim adalah muktamad.

11. Guru-guru pembimbing tidak dibenarkan berada didalam kawasan pertandingan memasaksebaik sahaja pertandingan bermula.

Sebarang pertukaran syarat pertandingan akan ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa dan akan dimaklumkan kepada semua sekolah secepat yang mungkin.Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan