Selasa, 10 Mac 2009

Nota Tingkatan 3 : Pemasaran

PEMASARAN
ELEKTIF PERDAGANGAN TINGKATAN 3
PENGERTIAN PEMASARAN

Aspek penting dalam perniagaan ialah pemasaran ia memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka
pemasaran bermaksud satu proses perancangan dan pelaksanaan pernyataan konsep sesuatu produk, perletakan harga dan lain-lainpemasaran berfungsi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

FUNGSI, OBJEKTIF DAN AKTIVITI PEMASARAN
FUNGSI PEMASARAN

a) Pemasaran memainkan peranan dalam membantu memperkenalkan sesuatu prosuk kepada pengguna
b) Ia merangkumi bidang seperti berikut:-
i) Konsep pemasaran
ii) Strategi pemasaran
iii) Teknik pemasaran
iv) Peranan agensi

OBJEKTIF PEMASARAN
a) Pemasaran mempunyai objektif untuk menyediakan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka
b) Ia juga meliputi objektif untuk mencari keuntungan yang maksimum

AKTIVITI PEMASARAN
a) Aktiviti pemasaran mempunyai skop yang luas
b) Aktiviti pemasaran merangkumi kegiatan berikut
i. Membeli dan menjual
ii. Pergudangan
iii. Pengangkutan
iv. Promosi

MASALAH DAN STRATEGI PEMASARAN
MASALAH PEMASARAN

a) Masalah yang sering dihadapi oleh pengeluar dalam pemasaran ialah pesaing dan keadaan ekonomi
b) Pesaing ialah produk pengeluar dalam bidang yang sama
c) Untuk menarik pelanggan, pengeluar perlu menonjolkan cirri istemewa produk mereka berbanding dengan yang lain
d) Keadaan ekonomi juaga ditekankan kerana pendapatan pengguna boleh mempengaruhi permintaan sesuatu barang di pasaran

STRATEGI PEMASARAN

a) Segala usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan pelanggan bagi barang yang dikeluarkan
b) Ia perlu dibentuk sebelum sesuatu keluaran siap diproses untuk dipasarkan
c) Terdiri daripada sasaran pasaran dan campuran pasaran
d) Sasaran pasaran merujuk kepada bakal pelanggan bagi sesuatu keluran
e) Campuran pemasaran merangkumi empat komponen penting yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan iaitu produk, harga, tempat dan promosi.

ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN

Empat elemen penting dalam campuran pemasaran ilah produk, harga, tempat dan promosi
setiap satu elemen memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu produk
produk merujuk kepada barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar
produk merupakan asas kepada campuran pemasaran kerana tiga elemen lain tidak dapat berfungsi tanpa wujudnya produk
produk yang dikeluarkan perlu mampu memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
produk mesti mempunyai kualiti, janama, pembungkusan, jaminan dan khidmat sampingan
harga merupakan nilai wang yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu produk
harga yang ditentukan perlu adil dan diterima oleh pengguna dan dapat membawa keuntungan
factor yang perlu dipertimbangkan apabila menentukan harga ialah permintaan pengguna, factor kos dan persaingan
tempat memasarkan sesuatu produk dapat membantu peniaga menjual produknya
pengeluar perlu mengenal pasti cirri berikut dalam menentukan tempat jualan seperti jenis perniagaan, modal, persaingan, jenis pelanggan, kemudahan dan undang-undang
promosi membantu peniaga mewujudkan, mengekal, memberitahu, menyedar dan memperluas pasaran suatu produk
promosi yang teratur dan intensif mempu mendapatkan pasaran bagi produk yang dikeluarkan
promosi terdiri daripada pengiklanan, publisiti, promosi jualan dan jualan langsung

UNSUR DALAM PROMOSI

Terdapat empat jenis promosi yang utama, iaitu
a) Pengiklanan
i) Pengiklanan sangat berkesan kerana ia mampu mewujudkan kesedaran pengguna dan menarik minat mereka terhadap keluaran baru
ii) Pengiklanan terdiri daripada tiga jenis
- Iklan penerangan - memberi maklumat dan penerangan kepada orang ramai tidak mempengaruhi pengguna untuk membeli
- Iklan memujuk – membei maklumat dan penerangan terperinci dengan tujuan memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli produk berkenaan
- Iklan mengingat – iklan yang memastikan pengguna yang telah mengguna sesuatu produk, terus kekal menggunakan produk tersebut
b) Jualan langsung
c) Promosi jualan
d) Publisiti

TEMPAT YANG SESUAI UNTUK MEMASARKAN SESUATU PRODUK

1. Tempat yang sesuai untuk memasarkan produk merupakan factor penting yang perlu diambil kira
2. Tempat yang dipilih perlulah strategic dari segi:-
a. Kemudahan infrastruktur seperti kemudahan letak kereta, hawa dingin, tangga bergerak dan lain-lain yang penting untuk keselesaan pelanggan
b. Berhampiran dengan pelanggan agar pelanggan tidak perlu membuang masa dalam kesesakan lalu lintas
c. Kemudahan pengangkutan sangat penting untuk memastikan produk dapat sampai kepada pelanggan

MEMILIH CARA PROMOSI YANG SESUAI

1. Pemilihan suatu cara mempromosi untuk tujuan pemasaran bergantung kepada beberapa perkara seperti berikut:-
a) Jenis produk
b) kos mempromosi
c) saiz perniagaan
d) golongan pengguna sasaran
e) Polisi kerajaan
f) tujuan mempromosi
2. Jenis produk yang dipasarkan perlu dipromosi dengan cara yang betul supaya maklumat dapat disampaikan kepada bakal pengguna
3. peniaga perlu memikul kos mempromosi produk berkenaan. Saiz perniagaan yang besar mampu memperuntukkan kos yang tinggi berbanding dengan saiz perniagaan yang kecil
4. Peniaga dan pengeluar perlu memilih cara mempromosi yang sesuai dengan golongan sasaran agar produk yang dipromosi mendapat perhatian daripada pengguna sasaran
5. Promosi yang dijalankan mempunyai banyak tujuan seperti berikut
a) memperkenalkan produk baru
b) Mengingatkan pengguna tentang produk yang telah lama dalam pasaran
c) Memberi maklumat
Pengeluar perlu mematuhi polisi kerajaan dalam setiap keputusan kerana ini merupakan satu tanggungjawab bagi seseorang pengeluar

KAITAN KOS PENGELUARAN DENGAN PENENTUAN HARGA

Dalam menentukan harga, aspek-aspek berikut perlu diberi perhatian, iaitu
a) kos pengeluaran
b) paras untung
c) harga jualan
Peniaga perlu mengetahui komponen kos pengeluaran yang terlibat
paras untung yang ditetapkan hendaklah munasabah
Harga jualan selalunya berkaitan dengan kos pengeluaran dan paras untung yang ditetapkan

MENGANGGAR KOS PENGELUARAN DAN KEUNTUNGAN

Pengiraan kos pengeluaran sangat penting kepada pengeluar
Pengeluar perlu menyenaraikan semua bahan mentah yang terlibat dalam sesuatu pengeluaran produk
Pengeluar juga perlu mengetahui bilangan pekerja dan masa yang digunakan untuk menyiapkan produk berkenaan bagi mengetahui kos upah
Pengeluar juga perlu mengetahui kos overhed atau kos-kos lain yang terlibat dalam pengeluaran produk seperti bekalan elektrik, air dan telefon. Belanja tersebut tidak berlaku secara langsung
Kos pengeluaran merupakan jumlah kos bahan yang dicampurkan dengan kos upah dan kos overhed
Paras untung adalah jumlah keuntungan yang dijangka diperolehi oleh pengeluar
Harga jualan seunit merupakan harga yang akan dikenakan ke atas produk apabila produk dijual di pasaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan