Khamis, 12 Mac 2009

KERJA KURSUS KHB

Kepada semua pelajar perempuan Tingkatan 1, 2 dan 3 yang mengambil KHB-PK adalah dimakulumkan bahawa kerja kursus mula dibuat mulai 23 Mac 2009. Oleh yang demikian saya berharap semua pelajar yang berkenaan akan memberikan perhatian 100 % kepada guru dalam usaha menyiapkan kerja kursus berkenaan.

Untuk Pengetahuan Ibubapa kerja kursus KHB adalah diwajibkan kepada semua pelajar. Oleh yang demikian saya berharap ibubapa dan penjaga akan memberikan kerjasama guru untuk memastikan anak atau jagaan tuan/puan menyiapkan kerja kursus tepat pada waktunya.
Kerjasaman tuan/puan diucapkan ribuan terimakasih.

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

Pihak Panatia KHB telah memilih seramai 5 orang peserta untuk dilatih memasak makanan yang sesuai dengan tema yang diberikan oleh pihak penganjur. Peserta ini mempunyai masa 2 minggu untuk memahirkan diri dalam menyediakan dan memasak makanan tersebut. Walau bagaimanapun hanya 3 orang sahaja akan menyertai pertandingan manakala 2 lagi sebagai penolong menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.

Syarat pertandingan
1. Masakan mestilah HALAL.

2. Terbuka kepada murid Tingkatan 1-3.

3. Setiap kumpulan terdiri 3 peserta (Melayu, Cina dan India < markah bonus)

4. Peserta digalakkan menggunakan produk MAGGIE dan NESTLE.

5. Masa pertandingan - 90 minit

5.1. Keempat-empat masakan termasuk menyediakan bahan hiasan hendaklah disediakandalam masa pertandingan.
5.2. Persiapan awal yang dibenarkan adalah membersihkan, mengupas, memotong,mengisar,merendam,mengubah bunga meja, melipat napkin dan persiapan mejahidangan.

6. Penganjur tidak akan menyediakan dapur gas Portable sahaja. Penggunaan dapur yangbertong gas besar adalah tidak dibenarkan.

7. Penggunaan dapur ketuhar dan oven elektrik tidak dibenarkan.

8. Peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah, apron dan topi memasak.

9. Johan peringkat daerah akan bertanding di peringkat negeri. Tiada pertukaran resepi dan ahli kumpulan serta guru pembimbing ke peringkat negeri.

10. Keputusan hakim adalah muktamad.

11. Guru-guru pembimbing tidak dibenarkan berada didalam kawasan pertandingan memasaksebaik sahaja pertandingan bermula.

Sebarang pertukaran syarat pertandingan akan ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa dan akan dimaklumkan kepada semua sekolah secepat yang mungkin.Sekian terima kasih.

Rabu, 11 Mac 2009

UCAPAN RIBUAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR

Pihak jawatankuasa pengurusan dan penilaian Keceriaan dan Kebersihan mengucapkan ribuan terimakasih kerana telah melaksanakan semua tugasan yang diberikan dengan jayanya. Saya berharap semua pihak dapat mengeratkan lagi kerjasama yang selama ini diberikan oleh pihak tuan puan.

Sekian terimakasih.

Selasa, 10 Mac 2009

TINGKATAN 1 : BENTUK DAN JENIS PERNIAGAAN

Bentuk dan Jenis Perniagaan

Perniagaan dalam Negeri

1. aktiviti membeli dan menjual dalam negeri sahaja.
2. Terdiri daripada :-Perniagaan Runcit dan Perniagaan Borong
3. Perniagaan Runcit – membeli dan menjual barang secara kecil-kecilan.
4. Perniagaan Borong – membeli secara pukal daripada pengeluar dan menjual
kepada peruncit dalam kuantiti yang diperlukan.

Perniagaan Runcit

1. urusan membeli dan menjual dalam kuantiti yang kecil.
2. dijalankan oleh peruncit.
3. menjual kepada pengguna mengikut kuantiti yang diminta.
4. Boleh ditubuhkan secara milikan tunggal, perkongsian atau syarikat.
5. 2 jenis :-
5.1. kecil-kecilan yang membeli dalam kuantiti yang kecil daripada dan
menjual semula kepada pengguna.
5.2. besar-besaran yang membeli secara pukal daripada pengilang dan
menjual dalam kuantiti yang diperlukan oleh pengguna.
6. Contoh perniagaan runcit kecil-kecilan ialah penjaja, pengerai dan kedai biasa.
7. Contoh perniagaan runcit besar-besaran ialah pasar raya, kedai serbaneka, kedai jabatan, kedai sejaras,francais dan kompleks membeli belah.
8. Ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan :-

Dimiliki oleh seorang pemilik.
modal kecil dan terhad.
kawalan pengurusan oleh pemilik sahaja.
tidak kekal.
berdekatan dengan rumah pelanggan.
mempunyai hubungan yang rapat dengan pelanggan-pelanggannya.
kos overhead rendah.
memberikan kredit,layanan peribadi dan serahan percuma kepada pelanggan-
pelanggan.
peniaga membeli barang-barang daripada pemborong.
membeli dan menjual secara kecil-kecilan.

9. Ciri-ciri perniagaan runcit besar-besaran.
modal besar.
syarikat berhad,perkongsian,tunggal.
bangunan bertingkat-tingkat,luas dan bersih.
dibandar besar.
beli pukal daripada pengilang / pengeluar.
harga tetap, jualan tunai sahaja.
system layan diri.
kemudahan untuk keselesaan pelanggan.
jual berbagai jenis barang di bawah satu bumbung sahaja.
kos overhead tinggi.
tidak memberi serahan percuma serta perkhidmatan selepas jualan.
tidak wujud hubungan dan layanan peribadi di antara pembeli dan penjual.

Perniagaan Runcit Kecil-kecilan Berkedai

1. Kedai Tunggal Am
menjual berbagai-bagai jenis barang seperti gula,garam,kasut,alat tulis, beras
dan sebagainya.
Kedai am juga dikenali sebagai kedai serbaguna dan didapati dimana-mana
sahaja. Contoh : kedai barang runcit.

2. Kedai Tunggal Khas/Khusus
Menjual barang yang sejenis atau sekumpulan barang yang sama jenis.
Contoh : kedai buku, kedai kain dan kedai kek.
Menjual jenis barang-barang berkaitan. Contohnya kedai kasut menjual kasut,
sarung kaki, tali kasut dan pengilat kasut.

Terdapat juga kedai yang memberikan perkhidmatan pembaikan seperti kedai

baiki radio dan kedai baiki jam.



Perniagaan Runcit Kecil-kecilan Tanpa Kedai

1. Penjaja - berniaga dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan berjalan
kaki atau menggunakan kenderaan.
- penjaja yang berjalan kaki membawa barangan dengan cara
menjunjung, menjinjing atau mengandar.
penjaja berkenderaan menggunakan motosikal, basikal, kereta
sorong,dan van untuk membawa barangannya.
Penjaja menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian orang
ramai seperti loceng,hon,rakaman dan laungan.
Mempunyai lessen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah
atau pihak berkuasa tempatan.
Pegerai - menjalankan perniagaan di suatu tempat yang tetap dengan
menggunakan gerai atau warung yang kecil.
boleh didapati di tempat yang sibuk seperti di bawah pokok, steseN
bas dan pasar.

Menjual makanan, sayur-sayuran, ikan, majalah, surat khabar

Mempunyai lessen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah

atau pihak berkuasa tempatan.

Perniagaan Runcit Besar-besaran

1. Pasar Raya - kedai runcit besar.
- menjual beraneka jenis barangan di bawah satu bumbung.
sifat-sifat utama:-
terdapat dibandar-bandar besar yang padat penduduk.
bersih, luas dan mempunyai banyak kemudahan untuk
keselesaan para pelanggan.
menjual banyak jenis barang – barang makanan,kereing dan
dibekukan serta berbagai jenis barang lain.
system layan diri.
harga tetap dan mempunyai tanda harga.
jualan tunai sahaja.
barang-barang diperagakan secara terbuka supaya menarik
pelanggan.

2. Kedai Serbaneka

kedai runcit besar-besaran yang mempunyai beberapa jabatan di
dalam satu bangunan dan di bawah satu pengurusan.
Ciri-ciri:-
mempunyai banyak jabatan yang menjual satu atau dua jenis
barang yang tertentu sahaja.
terletak di tempat yang sibuk seperti Bandar besar.
system layan diri.
menjual bermacam jenis barang bermutu tinggi dan mempunyai
jenama yang terkenal.
harga tetap dan mempunyai tanda harga.
bangunan luas, bersih,dan disediakan dengan kemudahan-
kemudahan moden untuk keselesaan para pelanggan.

3. Kedai Sejaras

kedai runcit besar-besaran yang mempunyai satu rangkaian
kedai cawangan di merata-rata tempat.
dimilik oleh pemilik yang sama- syarikat berhad.
dikawal dan ditadbirkan oleh kedai pusat yang merupakan
ibupejabat.
mempunyai identiti, logo dan perhiasan yang sama.

Nota Tingkatan 3 : Pemasaran

PEMASARAN
ELEKTIF PERDAGANGAN TINGKATAN 3
PENGERTIAN PEMASARAN

Aspek penting dalam perniagaan ialah pemasaran ia memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka
pemasaran bermaksud satu proses perancangan dan pelaksanaan pernyataan konsep sesuatu produk, perletakan harga dan lain-lainpemasaran berfungsi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

FUNGSI, OBJEKTIF DAN AKTIVITI PEMASARAN
FUNGSI PEMASARAN

a) Pemasaran memainkan peranan dalam membantu memperkenalkan sesuatu prosuk kepada pengguna
b) Ia merangkumi bidang seperti berikut:-
i) Konsep pemasaran
ii) Strategi pemasaran
iii) Teknik pemasaran
iv) Peranan agensi

OBJEKTIF PEMASARAN
a) Pemasaran mempunyai objektif untuk menyediakan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka
b) Ia juga meliputi objektif untuk mencari keuntungan yang maksimum

AKTIVITI PEMASARAN
a) Aktiviti pemasaran mempunyai skop yang luas
b) Aktiviti pemasaran merangkumi kegiatan berikut
i. Membeli dan menjual
ii. Pergudangan
iii. Pengangkutan
iv. Promosi

MASALAH DAN STRATEGI PEMASARAN
MASALAH PEMASARAN

a) Masalah yang sering dihadapi oleh pengeluar dalam pemasaran ialah pesaing dan keadaan ekonomi
b) Pesaing ialah produk pengeluar dalam bidang yang sama
c) Untuk menarik pelanggan, pengeluar perlu menonjolkan cirri istemewa produk mereka berbanding dengan yang lain
d) Keadaan ekonomi juaga ditekankan kerana pendapatan pengguna boleh mempengaruhi permintaan sesuatu barang di pasaran

STRATEGI PEMASARAN

a) Segala usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan pelanggan bagi barang yang dikeluarkan
b) Ia perlu dibentuk sebelum sesuatu keluaran siap diproses untuk dipasarkan
c) Terdiri daripada sasaran pasaran dan campuran pasaran
d) Sasaran pasaran merujuk kepada bakal pelanggan bagi sesuatu keluran
e) Campuran pemasaran merangkumi empat komponen penting yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan iaitu produk, harga, tempat dan promosi.

ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN

Empat elemen penting dalam campuran pemasaran ilah produk, harga, tempat dan promosi
setiap satu elemen memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu produk
produk merujuk kepada barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar
produk merupakan asas kepada campuran pemasaran kerana tiga elemen lain tidak dapat berfungsi tanpa wujudnya produk
produk yang dikeluarkan perlu mampu memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
produk mesti mempunyai kualiti, janama, pembungkusan, jaminan dan khidmat sampingan
harga merupakan nilai wang yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu produk
harga yang ditentukan perlu adil dan diterima oleh pengguna dan dapat membawa keuntungan
factor yang perlu dipertimbangkan apabila menentukan harga ialah permintaan pengguna, factor kos dan persaingan
tempat memasarkan sesuatu produk dapat membantu peniaga menjual produknya
pengeluar perlu mengenal pasti cirri berikut dalam menentukan tempat jualan seperti jenis perniagaan, modal, persaingan, jenis pelanggan, kemudahan dan undang-undang
promosi membantu peniaga mewujudkan, mengekal, memberitahu, menyedar dan memperluas pasaran suatu produk
promosi yang teratur dan intensif mempu mendapatkan pasaran bagi produk yang dikeluarkan
promosi terdiri daripada pengiklanan, publisiti, promosi jualan dan jualan langsung

UNSUR DALAM PROMOSI

Terdapat empat jenis promosi yang utama, iaitu
a) Pengiklanan
i) Pengiklanan sangat berkesan kerana ia mampu mewujudkan kesedaran pengguna dan menarik minat mereka terhadap keluaran baru
ii) Pengiklanan terdiri daripada tiga jenis
- Iklan penerangan - memberi maklumat dan penerangan kepada orang ramai tidak mempengaruhi pengguna untuk membeli
- Iklan memujuk – membei maklumat dan penerangan terperinci dengan tujuan memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli produk berkenaan
- Iklan mengingat – iklan yang memastikan pengguna yang telah mengguna sesuatu produk, terus kekal menggunakan produk tersebut
b) Jualan langsung
c) Promosi jualan
d) Publisiti

TEMPAT YANG SESUAI UNTUK MEMASARKAN SESUATU PRODUK

1. Tempat yang sesuai untuk memasarkan produk merupakan factor penting yang perlu diambil kira
2. Tempat yang dipilih perlulah strategic dari segi:-
a. Kemudahan infrastruktur seperti kemudahan letak kereta, hawa dingin, tangga bergerak dan lain-lain yang penting untuk keselesaan pelanggan
b. Berhampiran dengan pelanggan agar pelanggan tidak perlu membuang masa dalam kesesakan lalu lintas
c. Kemudahan pengangkutan sangat penting untuk memastikan produk dapat sampai kepada pelanggan

MEMILIH CARA PROMOSI YANG SESUAI

1. Pemilihan suatu cara mempromosi untuk tujuan pemasaran bergantung kepada beberapa perkara seperti berikut:-
a) Jenis produk
b) kos mempromosi
c) saiz perniagaan
d) golongan pengguna sasaran
e) Polisi kerajaan
f) tujuan mempromosi
2. Jenis produk yang dipasarkan perlu dipromosi dengan cara yang betul supaya maklumat dapat disampaikan kepada bakal pengguna
3. peniaga perlu memikul kos mempromosi produk berkenaan. Saiz perniagaan yang besar mampu memperuntukkan kos yang tinggi berbanding dengan saiz perniagaan yang kecil
4. Peniaga dan pengeluar perlu memilih cara mempromosi yang sesuai dengan golongan sasaran agar produk yang dipromosi mendapat perhatian daripada pengguna sasaran
5. Promosi yang dijalankan mempunyai banyak tujuan seperti berikut
a) memperkenalkan produk baru
b) Mengingatkan pengguna tentang produk yang telah lama dalam pasaran
c) Memberi maklumat
Pengeluar perlu mematuhi polisi kerajaan dalam setiap keputusan kerana ini merupakan satu tanggungjawab bagi seseorang pengeluar

KAITAN KOS PENGELUARAN DENGAN PENENTUAN HARGA

Dalam menentukan harga, aspek-aspek berikut perlu diberi perhatian, iaitu
a) kos pengeluaran
b) paras untung
c) harga jualan
Peniaga perlu mengetahui komponen kos pengeluaran yang terlibat
paras untung yang ditetapkan hendaklah munasabah
Harga jualan selalunya berkaitan dengan kos pengeluaran dan paras untung yang ditetapkan

MENGANGGAR KOS PENGELUARAN DAN KEUNTUNGAN

Pengiraan kos pengeluaran sangat penting kepada pengeluar
Pengeluar perlu menyenaraikan semua bahan mentah yang terlibat dalam sesuatu pengeluaran produk
Pengeluar juga perlu mengetahui bilangan pekerja dan masa yang digunakan untuk menyiapkan produk berkenaan bagi mengetahui kos upah
Pengeluar juga perlu mengetahui kos overhed atau kos-kos lain yang terlibat dalam pengeluaran produk seperti bekalan elektrik, air dan telefon. Belanja tersebut tidak berlaku secara langsung
Kos pengeluaran merupakan jumlah kos bahan yang dicampurkan dengan kos upah dan kos overhed
Paras untung adalah jumlah keuntungan yang dijangka diperolehi oleh pengeluar
Harga jualan seunit merupakan harga yang akan dikenakan ke atas produk apabila produk dijual di pasaran

PERTANDINGAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Kepada semua guru KHB Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana perlu bersedia lebih awal untuk menghadapi pertandingan yang akan dijalankan pada bulan April kelak. Senarai pertandingan adalah seperti pada tahun lepas. Cuma pada tahun ini, kita akan menguruskan Pertandingan Masakan untuk pelajar-pelajar menengah rendah.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

MASAKAN : TAJUK TERAS TINGKATAN 2

Semua pelajar diharapkan dapat memberikan kerjasama untuk membuat senarai bahan basah dan bahan kering bagi setiap kumpulan masakan mereka sendiri. Ini adalah untuk memudahkan saya membuat tempahan bahan-bahan yang akan digunakan semasa memasak.

Kerjasama anda amat dihargai. Sekian terima kasih.